Majlis Reunion Ke-2 TJP 68
Posted by TJP 68 in Reunion on Monday, June 29, 2009
Pada 3 Mei 2008, bertempat di Hotel Midah, Jalan Kampung Attap Kuala Lumpur, Intake 68 sekali lagi telah mengadakan Majlis Reunion Kali Ke-2 sempena dengan tahun ke-4 perkhidmatan di dalam ATM. Untuk makluman, reunion pertama telah pun diadakan pada tahun 2007 di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Lebih kurang 40 orang skot telah menghadiri majlis pada kali ini dan ada yang datang bersama suami/isteri dan juga anak-anak. Sambutan dimulai dengan majlis makan malam secara buffet. Skot kita daripada Brunei iaitu saudara Erawan turut hadir bersama temannya pada malam tersebut. Selepas itu sesi ucapan diteruskan oleh beberapa wakil skot sebagai pembuka kata dan bicara.Dan acara kemuncaknya pada malam tersebut adalah sesi tiup lilin dan potong kek ulangtahun TJP 68 dan juga kek harijadi Normala yang turut diraikan sekali.
Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu saudara Nik, saudari Norhalmi dan Azwany kerana telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini yang pada asalnya hampir dibatalkan. Dan juga ribuan terima kasih kepada semua yang sanggup datang daripada jauh dan dekat bagi menjayakan majlis ini. Sokongan skot semua amat diperlukan dan diharap ianya akan diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Syabas inspektor shahab...syabas...!
'Couple' di KTD yang berjaya ke Jinjang Pelamin
Posted by TJP 68 in Perkahwinan on Thursday, June 25, 2009
Sorry...yang senarai bawah ni gambar takde
- Shamsina dan Ridzuan MP
- Zamzuri dan Mastura
- Rahman (Bulat) dan Muiz
Pembukaan Latihan Kadet TJP 68
Posted by TJP 68 in Kadet
Jurulatih TJP 68
Posted by TJP 68 in Kolej Tentera Darat on Wednesday, June 24, 2009
2nd CI (Lt Kol Jamaludin Royan)
Duduk dari kiri: PW2 Azhar (KSM TJP 68), Kapt Mazli (2 IC), Kapt Rosdi (OC Kompeni Syed Putra), Mej Sulaiman (OC TJP 68), Kapt Isma Nazir (OC Kompeni Abdul Rahman), Kapt Juhainiza (Jurulatih Pegawai), Kapt Adam (OC Kompeni Alam Shah) dan SSjn Masran (DS Kompeni Syed Putra). Berdiri dari kiri: SSjn Mustafa (Jurulatih PTT Kanan), Sjn Manimaran (Jurulatih PTT Kanan), SSjn Nazri (DS Kompeni Alam Shah), Sjn Mazlan (Jurulatih PTT Kanan), Sjn Marshita (Jurulatih PTT Kanan), SSjn Kafli (DS Kompeni Abdul Rahman), Sjn Zabedah (Jurulatih PTT Kanan), SSjn Atan (Jurulatih PTT Kanan), Sjn, SSjn Faizul (Jurulatih PTT Kanan), SSjn Rahamad (Jurulatih PTT Kanan), Sjn Azman (Jurulatih PTT Kanan) dan SSjn Anuar (Jurulatih PTT Kanan).
Sjn Pakya, SSjn Kamarul, SSjn Ridzuan, PW2 Aladin (Ketua Jurulatih Jasmani), SSjn (Tak Igt) , Sjn Zamri, SSjn Ismail, Sjn (?), Sjn (?) , Sjn Azmir, Sjn (?) , Kpl (?), Kpl Jamaluddin, Kpl Halim, Kpl (?) dan Sjn Aling.

Organisasi TJP 68
Posted by TJP 68 in Kadet
Kompeni Abdul Rahman (Kompeni Diraja)
Sejarah Kolej Tentera Darat
Posted by TJP 68 in Kolej Tentera Darat
Maktab Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 17 Disember 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan nama "Federation Military College" (FMC). Ianya telah diasaskan oleh Sir Gerald Templer yang pada masa itu merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya. Pada tahun 1961, Maktab telah berpindah ke Kem Sg. Besi, Kuala Lumpur bagi mendapatkan kemudahan akademik dan ketenteraan. Di sinilah Maktab telah dikurniakan gelaran "Diraja" oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan nama Maktab Tentera Darat (MTD) digunakan hingga kini. MTD sekali lagi menempa sejarah apabila dikurniakan panji-panji Rejimen pada 3 Julai 1981.
MTD mempunyai dua divisyen utama iaitu Divisyen Putera dan Divisyen Kadet. Divisyen Kadet adalah satu organisasi yang ditugaskan untuk melatih pemuda-pemudi yang terpilih untuk menjadi Pegawai Kadet. Setelah ditauliahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, mereka akan memegang jawatan sebagai Pegawai Tentera Darat.
Pada 25 Ogos 1995, Divisyen Kadet telah dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor sementara Markas Maktab dan Divisyen Putera kekal di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Penubuhan Kolej Tentera Darat (KTD) telah dikuatkuasakan pada 1 Jan 1999.Selamat Datang Ke Blog Intake 68!
Posted by TJP 68 in Salam Perkenalan
Selamat datang diucapkan kepada anda yang baru pertama kali melayari laman web ini terutamanya sekali kepada skot-skot TJP 68. Blog ini didedikasikan khas kepada bekas Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek Ke-68 yang mana sedikit sebanyak mengembalikan kembali nostalgia pahit dan manis semasa bergelumang sebagai seorang Pegawai Kadet. Juga ditujukan khas kepada jurulatih-jurulatih yang telah banyak berjasa mendidik dan melanyak kami sehingga berjaya ditauliahkan sebagai seorang pegawai di dalam Tentera Darat Malaysia.Di sini aku memerlukan kerjasama daripada skot-skot 68 sekiranya ada berita terkini mengenai anda atau yang lain, minta tolong poskan gambar dan ceritanya sekali untuk aku masukkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Aku boleh dihubungi melalui email shoffee1980@yahoo.com.my.















