Pembukaan Latihan Kadet TJP 68





ULU TIRAM - Pembukaan latihan kadet bagi pegawai kadet Tauliah Jangka Pendek 68 telah dirasmikan oleh Komandan KTD, Kolonel Zulkefli bin Mazlan pada 16 Okt 2002 bertempat di Dewan KTD, Ulu Tiram, Johor. Seramai 182 orang pegawai kadet akan mengharungi latihan dan sengsara selama 18 bulan di bawah kelolaan jurulatih-jurulatih yang nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk melanyak dan mengajar mereka semua. Mereka akan diajar mengenal apa itu Battle Order, Change Parade, Show Parade, Aerobik Run dan sebagainya. Selain itu mereka juga akan diajar selok belok menuang di dalam PT dan juga pelbagai jenis latihan dan yang paling penting sekali teknik tidur di mana saja mereka berada. Akhir ucapan, Komandan mengharapkan agar mereka akan berjaya mengharungi latihan agar dapat mencapai apa yang diimpikan. - Buletin KTD

Related Posts with Thumbnails