Sejarah Kolej Tentera Darat

Maktab Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 17 Disember 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan nama "Federation Military College" (FMC). Ianya telah diasaskan oleh Sir Gerald Templer yang pada masa itu merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya. Pada tahun 1961, Maktab telah berpindah ke Kem Sg. Besi, Kuala Lumpur bagi mendapatkan kemudahan akademik dan ketenteraan. Di sinilah Maktab telah dikurniakan gelaran "Diraja" oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan nama Maktab Tentera Darat (MTD) digunakan hingga kini. MTD sekali lagi menempa sejarah apabila dikurniakan panji-panji Rejimen pada 3 Julai 1981.


MTD mempunyai dua divisyen utama iaitu Divisyen Putera dan Divisyen Kadet. Divisyen Kadet adalah satu organisasi yang ditugaskan untuk melatih pemuda-pemudi yang terpilih untuk menjadi Pegawai Kadet. Setelah ditauliahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, mereka akan memegang jawatan sebagai Pegawai Tentera Darat.

Pada 25 Ogos 1995, Divisyen Kadet telah dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor sementara Markas Maktab dan Divisyen Putera kekal di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Penubuhan Kolej Tentera Darat (KTD) telah dikuatkuasakan pada 1 Jan 1999.


Related Posts with Thumbnails